There something about Mini Cake Center

Jumaat, 6 Mei 2011

Resepi Kek Coklat Bakar Dengan Coklat Cair

oleh kerana ini kali pertama saya berada di blog mini cake center ini,apa kata anda cuba resepi Kek Coklat Bakar Dengan Coklat Cair yg saya bg ni k..

Bahan-bahan untuk kek
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan marjerin
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek/tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko atau lebih


Cara-cara
1. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga betul-betul kembang
2. masukkan gula dan majerin sambil dipukul rata
3. tambah esen vanilla dan susu pekat
4. masukkan pula tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik
5. akhir sekali masukkan serbuk koko dan apabila sudah siap acuan, bakar sehingga 40-45 minit...


sekarang masa untuk coklat cair pula

Bhan-bahan coklat cair
500 gram gula perang
serbuk koko(mengikut kemahuan)
600 ml air
600 ml susu sergar


Cara-cara
1. didihkan susu dan air
2. setelah mendidih masukkan gula dan serbuk koko
3. kacau sehingga rata pada suhu sederhana sehingga mendidh
4. tuang coklat cair ini ke atas kek bakar tadi dengan rata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan